Winamp merupakan perisian pemain media kepunyaan Nullsoft, yang kini anak syarikat Time Warner. Winamp merupakan perisian perisian percuma / perisian kongsi yang menampung pelbagai format dan boleh diubah kulitnya. Winamp julung kali dikeluarkan oleh Justin Frankel pada tahun 1996. Penghargaan bagi pembangunan semasa Winamp diberi kepada Ben Allison (benski), Will Fisher, Taber Buhl, Maksim Tyrtyshny, Chris Edwards dan Stephen (Tag) Loomis. Pada tahun 2005 bilangan pengguna bulanan Winamp naik dari 33 juta ke lebih 57 juta, menjadikannya pemain media yang kedua paling aktif digunakan [perlu rujukan] seluruh dunia, hanya mengekori Windows Media Player.
A. Sejarah
1. WinAMP
WinAMP 0.20a yang minimalis ini dihasilkan sebagai perisian percuma pada 21 April 1997. Antaramukanya yang hanya memaparkan menubar tanpa tetingkap hanya memaparkan kekunci fungsi “play(open)”, “stop”, “pause”, dan “unpause”. Sesebuah fail yang ditetapkan dalam baris arahan atau diletakkan pada ikonnya akan dimainkan. Penyahkodan MP3 dilakukan oleh enjin penyahkodan AMP® yang “percuma untuk kegunaan bukan komersil”, ©1996-97 oleh Tomislav Uzelac, yang ketika itu merupakan penuntut di FER, Universiti Zagreb, Croatia. Singkatan “AMP” merujuk kepada “Advanced Multimedia Products” (Produk Multimedia Canggih). Justin Frankel dan Dmitry Boldyrev menyepadukan enjin ini dengan antaramuka pengguna mereka.
WinAMP 0.92 dikeluarkan sebagai perisian percuma pada bulan Mei 1997. Dalam lingkungan bingkai dan bar menu piawaian Windows, perisian ini menampilkan permulaan GUI Winamp “klasik”: segiempat bujur berwarna kelabu gelap dengan butang pengangkut berwarna perak dengan kesan 3D, pelaras bunyi merah/hijau, paparan masa dalam fon LED hijau, beserta nama runut, kadar bit MP3 dan “mixrate” berwarna hijau. Tidak terdapat pelaras kedudukan, dan ruangan kosong di mana munculnya penganalisis spektrum dan penganalisis bentuk gelombang pada versi kemudian. Apabila lebih daripada sebuah fail dimasukkan dalam baris arahan atau diletakkan pada ikonnya, fail-fail tersebut diaturkan untuk menunggu giliran dalam senarai mainan.
2. Winamp 1
Versi 1.006 dikeluarkan pada 7 Jun 1997 dnegan nama baru “Winamp”(dieja dengan huruf kecil). Winamp ini menampilkan penganalisis spektrum dan pelaras bunyi berubah warna, tetapi tiada paparan bentuk gelombang. Lesen bukan komersil AMP disertakan dalam menu bantuannya. Menurut Tomislav Uzelac, Frankel melesenkan enjin AMP 0.7 pada 1 Jun 1997 Frankel merasmikan Nullsoft, Inc. pada bulan Januari 1998, lalu terus membangunkan Winamp yang beralih daripada perisian percuma kepada perisian kongsi berharga $10. Pada bulan Mac, syarikat baru yang ditubuhkan Uzelac, PlayMedia Systems[1] menghantar notis arahan pemberhentian kepada Nullsoft yang didakwa menggunakan AMP dengan tidak sah. Nullsoft membalas bahawa pihaknya telah menggantikan AMP dengan Nitrane, penyahkod milik Nullsoft, namun ini diragui pihak Playmedia.
Versi 1.90 yang dikeluarkan pada 31 Mac 1998 merupakan keluaran pertama sebagai pemain audio kegunaan am, dan didokumentasikan dalam laman web winamp.com sebagai plugin sokongan, termasuk dua plugin input (MOD dan MP3) dan satu plugin visualisasi. Pemasang bagi Versi 1.91 yang dikeluarkan 18 hari kemudian, memperkenalkan plugin wave, cdda, dan Windows tray handling , serta juga fail DEMO.MP3 yang terkenal kerana berbunyi “Winamp, it really whips the llama’s ass”.
3. Winamp 2
Winamp 2.0 dikeluarkan pada 8 September 1998. Versi-versi 2.x makin laris digunakan, menjadikan Winamp antara perisian yang paling banyak dimuat turun bagi Microsoft Windows. Versi baru ini mempertingkatkan kebolehgunaan playlist dan ketepatan equalizer, serta memperkenalkan lebih banyak plug-in dan membolehkan ‘kulit’ bagi tetingkap playlist dan equalizer.
PlayMedia Systems memfailkan tuntutan mahkamah persekutuan terhadap Nullsoft pada bulan Mac 1999. Pada bulan Jun, Nullsoft dibeli oleh AOL dengan harga $80 million. PlayMedia diberi satu injunksi terhadap Nullsoft sebagai pengedar Nitrane, dan pada bulan yang sama tuntutan mahkamah tersebut diselesaikan melalui perlesenan di luar mahkamah dan persetujuan sulit. Sejurus kemudian, Nullsoft beralih kepada sejenis penyahkod ISO daripada Fraunhofer Gesellschaft, iaitu pihak yang membangunkan format MP3.
Nullsoft melancarkan semula laman winamp.com yang khusus pada Winamp pada bulan Disember 1999 untuk memudahkan capaian kepada kulit, plug-in, strim audio, muat turun lagu, forum dan sumber pemaju.
Sejak 22 Jun 2000, bilangan pendaftar Winamp mencecah 25 juta orang.
4. Winamp3
Versi baru Winamp yang seterusnya, Winamp3 dieja sebegini untuk merangkumi mp3 dalam namanya serta menandakan pengasingannya daripada pangkalan kod Winamp 2), dikeluarkan pada 9 Ogos 2002. Winamp3 merupakan tulisan semula yang menyeluruh bagi versi 2, berdasarkan rangka aplikasi Wasabi yang menawarkan peningkatan dalam kefungsian dan kefleksibelan. Winamp3 dimajukan selari dengan Winamp 2, namun ramai pengguna mendapatinya telalu banyak mengguna sumber sistem dan kurang stabil (atau juga ketiadaan sesuatu kefungsian yang penting, seperti kebolehan mengira atau mencari jumlah tempoh runut-runut dalam sesuatu playlist). Winamp3 tidak menikmati keserasian ke belakang dengan kulit-kulit dan plug-in Winamp 2, dan juga plugin punca SHOUTcast tidak disokong. Tiada sebarang versi Winamp3 bagi SHOUTcast pernah dikeluarkan.
Akibatnya, kebanyakan pengguna Winamp3 beralih kembali ke Winamp 2. Nullsoft bertindak balas dengan menyambung pembangunan Winamp 2 sehingga versi 2.9 dan 2.91. Versi beta 2.92 dan 2.95 dikeluarkan besertakan sesuatu kefungsian Winamp 5. Pada masa itu rangka aplikasi bersilang platform Wasabi (perisian) dan perkakas pembolehubahan kulit GUI berpunca daripada bahagian-bahagian kod sumber Winamp3. Bagi Linux, Nullsoft mengeluarkan versi alpha Winamp3 pada 9 Oktober 2001 namun tidak pernah mengemaskinikannya meskipun minat para pengguna yang berterusan.
5. Winamp 5
Cabang-cabang Winamp 2 dan Winamp3 kemudiannya digabungkan menjadi Winamp 5 — Nullsoft menjelaskan penamaan versi yang menyimpang dari penurutan ini bahawa “2 + 3 = 5″ — iaitu menggabungkan kelebihan kedua-dua aplikasi. Para pembangun juga bergurau bahawa “tiada sesiapa pun yang hendak melihat kulit Winamp 4″ (nobody wants to see a Winamp 4 skin; 4 skin merupakan mainan bagi perkataan foreskin (kulup)). Winamp 5 berdasarkan pangkalan kod Winamp 2, beserta beberapa ciri-ciri Winamp3 (e.g. kulit terbaru). Winamp 5.0 dikeluarkan pada bulan Disember 2003. Kebanyakan rangka Wasabi yang dibina untuk mereka Winamp3 dan komponen-komponennya dikeluarkan dalam bentuk sumber terbuka, dan pada tahun 2005 satu usaha pembangunan aktif telah berjaya mencipta versi berdikari bagi Wasabi, tanpa modul-modul pengubahan kulit dan penskripan yang tidak pernah dikeluarkan.
Terdapat tiga versi pempakejan Winamp 5. Lite dan Full merupakan perisian percuma, manakala Pro mewajibkan pendaftaran dan (mulai awal 2007) dijual pada harga US$19.95. Versi Lite amat kurang fungsinya (namun masih boleh ditambah melalui plugin) sementara masih mereplikasi kebanyakan ciri-ciri Winamp 2 dalam pemasang yang jauh lebh kecil. Versi Full menawarkan lebih banyak ciri-ciri, termasuk penyalinan fail dan perakaman CD pada kelajuan terhad (6x untuk penyalinan dan 2x bagi rakaman). Versi Pro pula bercirikan penyalinan muzik dan rakaman CD tanpa had laju serta pengekodan MP3.
Berikut adalah ciri-ciri Winamp 5:
1. MIDI, MOD, MP1, MP2, MP3, AAC, M4A, Ogg Vorbis, FLAC, WAV, WMA, Chiptunes dan banyak lagi format fail yang disokong.
2. Sokongan AVI yang dimainkan melalui penapis DirectShow yang betul yang dipasang dalam sistem pengguna; MPEG; dan NSV (Nullsoft Streaming Video).
3. Sokongan plug-in bagi format input dan output tambahan, kesan bunyi (melalui plugin DSP), dan kesan visual (terutamanya Advanced Visualization Studio, atau AVS, dan MilkDrop).
4. Sokongan untuk kedua-dua jenis kulit “klasik” Winamp 2 dan jenis “moden” Winamp3 yang lebih fleksibel (melalui plugin ramsi yang ditawarkan dalam pemasangan “Full”).
5. Capaian tanpa bayaran kepada pelbagai jenis media berstrim, termasuk:
a) Radio dan televisyen Internet (melalui teknologi SHOUTcast).
b) XM Satellite Radio.
c) Runut muzik.
d) Video muzik (hanya untuk rantau tertentu).
e) Kandungan AOL Video.
f) Rancangan televisyen klasik In2TV.
g) SHOUTcast Wire (fungsi panduan dan langganan podcast).
h) Enjin carianaduio/video Singingfish.
6. Sokongan untuk penyalinan data daripada CD audio, sebagai pilihan beserta CD-Text, kepada format MP3 atau AAC, satu ciri yang dipertingkatkan dalam Winamp Pro.
7. Sokongan bagi rakaman muzik kepada CD, satu ciri yang dipertingkatkan dalam Winamp Pro.
8. Saluran alfa tulen (kelutsinaran per pixel).
9. Sokongan bagi mode winshade serta docking yang membolehkan Winamp untuk beroperasi sebagai bar media yang sentiasa di atas tetingkap lain.
10. Sokongan 5.1 Surround yang mana dibenarkan format dan penyahkod.
11. Sokongan main semula tanpa sela (Gapless playback) bagi MP3 dan AAC.
12. Sokongan Replay Gain.
13. Sokongan metadata Unicode bagi fail-fail media.
14. Sokongan nama fail Unicode penuh.
15. Sokongan pemain media mudah alih boleh tambah, kini menawarkan plugin alatan untuk:
a) Apple iPod.
b) Creative NOMAD Jukebox.
c) Microsoft PlaysForSure.
d) Alatan Mass Storage Compliant.
e) Alatan ActiveSync, seperti yang mengendali Windows Mobile.
16. Sokongan Global hotkeys.
17. Pilihan pemasangan mengikut kehendak individu denfan NSIS.
18. Mainan balik 24 bit.
19. Pengubahan format (Transkoding).
6. Winamp 5.5
Winamp versi 5.5 adalah Winamp versi terbaru dan spesial yang sengaja dilaunching bertepatan dengan Winamp 10th Anniversary ini hadir dalam kemasan lebih cantik dan lebih baik dari versi-versi pendahulunya.
Lahirnya Winamp Versi 5.5 merupakan evolusi terbesar dalam sejarah Winamp, karena tekhnologi dan interfacenya sudah mengadopsi ‘gaya’ tekhnologi modern.
Fitur Baru pada versi ini yang paling menonjol adalah:
1. Album Art adalah Gambar Song Album yang menyertai lagu.
2. New Bento Single UI Skin adalah Kulit interface Winamp yang berupa Complete/Total Arrangement In One Window Only yang cukup cantik dan elegan.
3. Winamp Remote adalah fitur interaktif untuk media streaming lagu melalui internet dengan menggunakan integrated Browser dan Konsol-Konsol Game seperti Wii, PS3, and Xbox 360.
4. Winamp Toolbar adalah Media Kontrol untuk Musik melalui Toolbar yang terpasang pada Internet Browser, mirip FoxyTunes.
5. Auto-Tag files adalah Fitur Otomatisasi Update Metadata pada File Musik.
6. Fitur “Song Lyrics” yang sudah menjadi standar Media Manager ternyata belum/lupa disertakan pada versi ini.
Perbandingan Kualitas, Interface, dan Kemudahan Penggunaan (User Friendly):
1. Kualitas (Compatibility, Managing, Speed, Sync, Online Features Implementation, and Crash & Trouble Protection):
• Winamp 5.5 : 7
• Windows Media Player 11 : 7
• Apple iTunes 7.3.2.6 : 9
2. Interface:
• Winamp 5.5 : 7
• Windows Media Player 11 : 8
• Apple iTunes 7.3.2.6 : 9
3. Kemudahan Penggunaan (User Friendly):
• Winamp 5.5 : 9
• Windows Media Player 11 : 7
• Apple iTunes 7.3.2.6 : 9
4. Total Point:
• Winamp 5.5 : 23
• Windows Media Player 11 : 22
• Apple iTunes 7.3.2.6 : 27
Winamp versi 5.5 merupakan Media Player yang kehadirannya bisa disejajarkan dengan iTunes 7.3 dan Windows Media Player 11. Winamp makin meramaikan perebutan pasar para maniak/penikmat musik. Dan mungkin saja kehadiran versi fenomenal ini akan ‘mengembalikan’ para pecintanya yang ’sempat hilang.
B. Konsep
1. Kulit
Kulit ini merujuk kepada satu ciri antaramuka pengguna grafik Winamp yang boleh diubahsuai wajahnya. Winamp telah menerbitkan dokumentasi mengenai rekaan kulit, serta menjemput para penyumbang untuk menerbit kulit di Winamp.com. Winamp 5.0 menyokong kulit-kulit “klasik” yang direka mengikut spesifikasi Winamp 2, serta juga kulit-kulit “moden” yang menurut spesifikasi Winamp3. Kulit-kulit moden menyokong saluran-saluran alpha, bar alat yang berlabuh, dan banyak lagi inovasi terhadap GUI, tetapi ramai pereka kulit masih komited kepada spesifikasi kulit “klasik”. Templat-templat kulit, seperti yang direka oleh Mischa Klement dan Jellby, telah memudahkan penghasilan kulit-kulit yang makin canggih. Komuniti-komuniti pereka kulit di Internet, seperti 1001 Winamp Skins dan deviantart, serta kegiatan forum di Winamp.com membuktikan kelarisan ciri ini dan kefleksibelannya sebagai pengantara bagi ekspresi kreatif. Sepertilah media-media kesenian yang lain, seiring dengan peningkatan bilangan karya-karya hasilan bebas, kulit-kulit ini juga terbahagi kepada kategori atau gaya genre, seperti mempromosi selebriti, peragawati fesyen, filem, kereta, kumpulan muzik, jenama, dan bentuk-bentuk hiburan lain. Para pereka juga menghasilkan rekaan sesuka hati mereka, seperti mengajuk antaramuka perisian lain, mencontohi nostalgia perkakas dan sistem pengendalian lama, seni lukis tangan, paparan 3 dimensi yang merangkumi rekabentuk kelutsinaran, minimalis dan kontras tinggi, serta pelaksanaan grafik vektor yang pintar. Saiz komuniti pemaju ini mencetuskan pemasukan sokongan kulit Winamp dalam perisian media digital lain seperti Windows Media Player dan XMMS.
2. Plug-in
Perkakas pembangunan perisian Winamp membolehkan ara pemajunya untuk menambahkan fungsi Winamp melalui penggunaan plug-in, yang dikategorikan kepada tujuh jenis berikut:
1. Plug-in input menyahkod data media yang terkandung dalam format fail tertentu.
2. Plug-in output mengawal destinasi audio yang dinyahkod (seperti alat DirectSound atau penulisan terus ke fail).
3. Plug-in Visualization memberi grafik yang dihidupkan oleh bunyi.
4. Plug-in DSP/Effect memanipulasi audio (reverb, pengkhususan, penyamaan bunyi, pemampatan, dsb).
5. Plug-in General Purpose (Kegunaan am) menambah fungsi atau sambungan kepada Winamp (Media Library, jam loceng, atau pause when logged out).
6. Plug-in Media Library menambah fungsi atau sambungan pada plug-in Media Library (gen_ml, disertakan dengan Winamp).
7. Plug-in Device (Alatan) menambahkan sokongan pemain media mudah alih kepada plug-in Portable Media Player (ml_pmp, disertakan dengan Winamp).
Pembangunan mudah bagi plug-in input khusus menyumbang kepada keserbabolehan Winamp berbanding perkakas pemain media yang keras. Contohnya, muzik permainan video yang popular mencetuskan pembangunan plugin bagi fail muzik game konsol mainan, seperti NSF, USF, GBS, GSF, SID, GYM, SPC, PSF dan PSF2. Pelbagai plug-in boleh didapati di laman web Winamp.
sumber:http://blog.ub.ac.id/qdicini/2010/05/12/sejarah-perkembangan-winamp/